Explore more publications!

Digital Realty Mengembangkan Rangkaian Innovation Lab Network ke Singapura dan Jepun bagi Mempercepatkan Pelaksanaan AI dan Hybrid Cloud

Rangkaina di Asia Pasifik akan menyediakan persekitaran dunia sebenar kepada pelanggan dan rakan kongsi untuk menguji serta mengoptimumkan infrastruktur generasi seterusnya

SINGAPURA, Feb. 25, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Digital Realty (NYSE: DLR), platform pusat data neutral awan dan neutral pembawa telekomunikasi terbesar di dunia, hari ini mengumumkan pengembangan Digital Realty Innovation Lab (DRIL) ke Singapura dan Jepun. Langkah ini menandakan pengembangan pertama rangkaian DRIL global syarikat ke Asia Pasifik, susulan kejayaan pelancaran fasiliti DRIL sulung di Northern Virginia pada September 2025, yang menerima lebih daripada 120 kunjungan daripada pelanggan perusahaan kami.

Lokasi baharu DRIL akan menyediakan persekitaran ujian dunia sebenar yang disokong sepenuhnya untuk ekosistem rakan kongsi dan pelanggan kami. Di sini, mereka boleh membawa beban kerja masing-masing atau menggunakan infrastruktur prakonfigurasi bagi mengesahkan pelaksanaan AI dan hybrid cloud sebelum diperluas secara langsung. Perkara ini menjadi semakin penting dengan peningkatan penggunaan AI, kerana tahap kesediaan infrastruktur kini muncul sebagai halangan utama untuk beralih daripada peringkat percubaan kepada pengeluaran berskala besar.

Pelancaran ini mencerminkan komitmen Digital Realty untuk menyokong kepimpinan berterusan Singapura dan Jepun dalam inovasi AI. Di Singapura, penggunaan AI sedang memacu pertumbuhan berterusan ekonomi digital negara, yang kini menyumbang 18.6% daripada keseluruhan KDNK. Pada masa yang sama, Jepun merancang untuk melabur sekurang-kurangnya 10 trilion yen dalam sektor semikonduktor dan AI menjelang tahun 2030. Kedua-duanya dijangka tersedia untuk digunakan oleh pelanggan dan rakan kongsi pada tahun ini.

Membolehkan Infrastruktur AI Generasi Seterusnya
DRIL Singapura direka sebagai hab inovasi digital, yang menghimpunkan pelanggan tempatan, rakan kongsi, serta institusi penyelidikan bersama penyedia teknologi global dan peserta industri yang ingin membina, menguji, serta melaksanakan penyelesaian AI dan hybrid cloud di Singapura.

Di Jepun, DRIL akan ditempatkan di pusat data NRT12 milik syarikat yang terletak di kawasan Greater Tokyo. Direka untuk menyokong penggunaan AI termaju dan kes penggunaan pengkomputeran berprestasi tinggi, fasiliti ini akan menampilkan 20 rak dengan keupayaan penyejukan cecair langsung (DLC), sekali gus membolehkan sokongan bagi beban kerja berintensiti kuasa tinggi.

“Menjamin kelestarian ekonomi digital yang berkembang pesat memerlukan ekosistem inovasi berasaskan infrastruktur yang bukan sahaja bersedia untuk AI, tetapi juga cekap, berdaya tahan dan dipercayai,” kata Serene Nah, Pengarah Urusan dan Ketua Asia Pasifik, Digital Realty.

“Sejak pelancaran DRIL di Amerika Syarikat, kami telah menyaksikan permintaan kukuh daripada pelanggan dan rakan kongsi di seluruh Asia Pasifik yang mencari persekitaran khusus untuk mengesahkan seni bina AI dan hybrid cloud sebelum dilaksanakan pada skala besar. Keupayaan ini dibawa ke Singapura dan Jepun sebagai cerminan tahap kematangan digital kedua-dua pasaran, sekali gus menegaskan peranan penting mereka dalam membentuk daya saing digital jangka panjang rantau ini. Penyediaan ruang untuk perusahaan menguji, mengoptimumkan, dan mengurangkan risiko infrastruktur AI membolehkan kami mempercepatkan pelaksanaan yang bertanggungjawab serta memperkukuh kedudukan Asia Pasifik sebagai hab inovasi digital yang dipercayai.”

Infrastruktur khusus untuk pengesahan AI dan hybrid cloud
Lokasi DRIL baharu akan membolehkan perniagaan di Singapura dan Jepun menguji prestasi, mengoptimumkan konfigurasi, serta berhubung secara lancar dengan penyedia awan dan rangkaian melalui ServiceFabric®, iaitu platform perhubungan dan orkestrasi global Digital Realty.

Dengan memanfaatkan pengalaman global Digital Realty dalam melaksanakan infrastruktur yang bersedia untuk AI serta metodologi Pervasive Datacenter Architecture (PDx®), DRIL Singapura membolehkan pelanggan menguji, mengoptimumkan, dan mengesahkan pelaksanaan AI dalam keadaan sebenar. Hal ini sekali gus mengurangkan kerumitan dan mempercepatkan peralihan daripada peringkat percubaan kepada pengeluaran.

Selaras dengan rangkaian global DRIL, ciri-ciri utama yang akan ditawarkan merangkumi:

  • Ujian AI dan HPC Berketumpatan Tinggi – Sokongan untuk beban kerja AI dan pengkomputeran berprestasi tinggi melalui kolokasi berketumpatan tinggi, yang mampu menampung pelaksanaan sehingga 150kW bagi setiap kabinet.
  • Ujian Berasaskan Tenaga dan Penyejukan – Membolehkan perusahaan menilai prestasi AI, ketumpatan kuasa, serta pertukaran kecekapan sebelum pelaksanaan berskala penuh.
  • Pengoptimuman Infrastruktur AI – Membolehkan perniagaan meneroka keperluan khusus AI bagi tenaga, penyejukan dan sumber GPU dalam persekitaran yang dioptimumkan untuk beban kerja AI.
  • Pengesahan hibrid cloud – Sambungan terus ke cloud membolehkan perusahaan memperhalusi strategi hibrid dan melaksanakan onboarding dengan lancar melalui ServiceFabric®, platform interkoneksi dan orkestrasi milik Digital Realty.
  • Orkestrasi Beban Kerja AI – Pelanggan boleh mengorkestrasi beban kerja AI merentasi Private AI Exchange (AIPx) milik Digital Realty untuk membolehkan integrasi yang selamat, berlatensi rendah, merentasi persekitaran teragih.
  • Ujian Latensi Merentasi Lokasi – Perusahaan boleh menguji senario latensi bagi memastikan prestasi yang lancar merentasi pelbagai lokasi serta destinasi cloud.

Rangkaian global DRIL sudah menyokong ekosistem pelanggan dan rakan kongsi yang semakin berkembang, termasuk AMD, Cisco, dan Lenovo, yang memberi tumpuan kepada penskalaan seni bina AI dan hibrid cloud.

_________________
Perihal Digital Realty
Digital Realty menyatukan syarikat dan data dengan menyediakan spektrum penuh penyelesaian pusat data, kolokasi dan interkoneksi. PlatformDIGITAL®, platform pusat data global syarikat tersebut menyediakan ruang pertemuan data yang selamat serta metodologi penyelesaian Pervasive Datacenter Architecture (PDx®) yang terbukti kepada pelanggan, bagi memacu inovasi daripada transformasi awan dan digital hingga teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), serta mengurus cabaran Graviti Data secara cekap. Digital Realty memberikan pelanggannya akses kepada komuniti data terhubung yang penting bagi mereka, dengan jejak pusat data global lebih daripada 300 fasiliti di lebih 55 metro merentasi lebih 30 negara di enam benua. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Digital Realty, sila layari digitalrealty.com atau ikuti kami di LinkedIn dan X.

Untuk Maklumat Tambahan

Hubungan Media
Joyce Ng
Digital Realty
jong@digitalrealty.com

Hubungan Pelabur
Jordan Sadler / Jim Huseby
Digital Realty
+1 (214) 231-1350
InvestorRelations@digitalrealty.com

Kenyataan Safe Harbor
Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan berpandangan ke hadapan berdasarkan jangkaan semasa, ramalan dan andaian yang melibatkan risiko serta ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil serta keputusan sebenar berbeza secara material, termasuk kenyataan berkaitan perkongsian syarikat dan manfaat yang dijangka, tarikh penyempurnaan yang dijangka, teknologi baharu, kecerdasan buatan, ServiceFabric®, permintaan pelanggan serta strategi syarikat. Untuk senarai dan penerangan risiko serta ketidakpastian, sila rujuk laporan dan pemfailan lain oleh syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Syarikat menafikan sebarang niat atau kewajipan untuk mengemas kini atau menyemak semula sebarang kenyataan berpandangan ke hadapan, sama ada akibat maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions